Pages

Monday, June 30, 2014

Sayur bayam dan cendawan rebus.

Suka sangat sayur bayam dan cendawan rebus ni sebab saya rasa ia adalah makanan yang sihat. Tanpa minyak, tanpa lemak atau santan atau bahan perasa seperti MSG diperlukan.

Caranya:
Bayam dan cendawan tiram yang telah disiang dan dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Guna kan ikan bilis atau udang sebagai bahan rencahnya. Masukkan hirisan bawang besar dan perasakan dengan garam dan gula.

Mudah dan sedap.


Friday, June 27, 2014

Sup Soon

Jika anda ingin berdiet seperti saya konon-kononnya...hehehe... Makanlah sup soon untuk dinner anda... macam saya...hoho...




Thursday, June 26, 2014

Bunga Terung Pipit

Pernah tengok? Saya tak pernah tengok, tahu-tahu dah berbuah je. Pokok terung pipit ini tumbuh secara tidak sengaja di celah-celah pokok ubi kayu.




Belum berbuah-buah lagi....

Wednesday, June 25, 2014

Pelam Epal Merah

Musim buah mangga aka pelam baru-baru ni. Semua jenih buah pelam berbuah, dari buah harumanis, chokanan, pelam raja... semuanya sedap.

Tapi banyak-banyak buah pelam, pelam ini yang paling saya tunggu...



Susah nak jumpa. Warnanya akan semakin merah jika banyak menerima cahaya matahari. Sedap, rapuh dan tidak masam. Sambil menulis entri ini pun terasa kecur air liur...

Tuesday, June 24, 2014

Kurma Daging

Kurma daging ini kegemaran en suami... Tapi peliklah... Kurma daging di sebelah utara ni rasanya agak berlainan sikit. Sampai sekarang saya tak tahu, bahan apa yang berbeza, cara bagaimana orang-orang utara ni memasak kurma.

Ini kurma daging versi saya...




Bahan-bahan dan caranya:

Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga keemasan. Masukkan Kayu manis, bunga lawang dan cengkih serta serbuk kurma. Masukkan sedikit air dan tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan daging dan kentang. Masak sehingga daging empuk. Masukkan santan, hirisan cili dan perasakan dengan garam dan gula.

Monday, June 23, 2014

Kari Ikan Bawal

Pelbagai cara dan kaedah yang saya reka-reka sendiri untuk memasak kari. Yang terbaru kaedah semuanya diblend....hahaha...

Bahan-bahan dan caranya:

Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, setangkai cili merah, sebiji tomato sederhana besar, jintan manis dan jintan putih dikisar halus.

Tumiskan halba campur bersama daun kari serta bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

Kemudian masukkan serbuk kari (tak perlu dibancuh dengan air)

Apabila rempah masak, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis secawan air. Masak sehingga pecah minyak.

Masukkan Ikan bawal, asam keping dan sedikit air (agak-agak dalam secawan)

Masukkan santan dan perasakan dengan garam.







yang ini versi lain ...





Tak sah kalau tak de sambal terung...

Sunday, June 22, 2014

Ayam Kalio

Apa ye ayam kalio ni. Puncanya saya termengoogle imej resepi ayam dan telah ternampak resepi yang menyelerakan. Bila diintai namanya ayam kalio.

Kebetulan semua bahan yang diperlukan ada di rumah... ini hasilnya...





Macam rendang ayam, yang bezanya rendang ayam tak ditumis.

Saturday, June 21, 2014

Pokok Bunga Cosmos

Pokok ini ditanam berselang seli dengan pokok bunga taik ayam. Mula-mula ingatkan pokok ulam raja...







Cara menanamnya sama seperti bunga taik ayam. Ambil bunganya yang sudah tua dan kering dan taburkan ke dalam bekas.

Friday, June 20, 2014

Gulai Lemak Cili Padi Pucuk Ubi dan Daun Kaduk

Kali pertama cuba dan hasilnya tidak menghampakan...


Tu daun kaduk
Cumanya sesiapa yang tak tahan dengan baunya mungkin takkan cuba untuk makan... Contoh terdekat... my hubby...

Thursday, June 19, 2014

Tom Yam Ayam (tanpa guna perencah atau kiub tom yam)

Dah jemu makan ayam yang dimasak menggunakan santan. Teringin nak makan tom yam. Bahan-bahan semua ada rasanya. Daun limau purut ambil di pasu tepi rumah, serai pun ada, dua benda ni saya memang tanam.

Siapkan bahan-bahan lain, carrot, ayam, sayur-sayur yang lain, hirisan bawang besar, bawang putih, lengkuas....

okey....cari perencah tom yam....

Takde okey...

Fikir punya fikir, try je lah buat sendiri rencahnya..

Ini hasilnya...





Rasanya...okey la daripada takde...

Wednesday, June 18, 2014

Tamagoyaki

Gara-gara tengok cara-cara buat bento di Youtube terus terpengaruh untuk mencuba tamagoyaki. Telur gulung je kot.

Ini hasilnya...

Gambar goyang la pulak.. telur yang siap digulung





Tuesday, June 17, 2014

Roti Putih

Roti putih ini saya uli sendiri. Resepi saya google. Tapi hasilnya tak seperti di dalam gambar yang saya google. Mungkin saya tak reti nak uli roti tu. Tapi roti tu tetap rasanya sedap cuma tak seputih namanya je.. ahaha...





Beginilah pengakhiran roti putih yang tak berapa nak putih tu...



Sekian...