Pages

Saturday, June 15, 2013

Karipap - cara saya..

En Somi suka sangat makan karipap. Saya cuba-cuba je tanpa melihat resepi atau meng'google'.. Tak sangka jadi... Jadi, karipap yang saya pakai hentam je ,dah menjadi kegemaran kami seisi keluarga hampir 8 tahun lamanya...Ho ho..

Kelim guna acuan je.. yang kelim tangan ada jugak tapi tak tunjuk la ...haha


inti daging kali ni

Try goreng satu dan rasa... takut kulit keras..haha..buat pun hentam je





Untuk simpanan hari esok..

comey tak kak karipap...

Bakar dalam oven 5-6 min supaya tahan lama jika disimpan

selepas dibakar...

Resepi: (saya pakai agak je, tak sukat)

Untuk kulit
Bahan-bahan
  1. tepung gandum
  2. marjerin/mentega - kali ni saya guna planta
  3. garam
  4. air sejuk(air dalam fridge)
Cara-cara:
  1. Tepung, garam dan marjerin disatukan dan diramas-ramas sehingga menjadi serbuk yang agak melekat jika digenggam.
  2. setelah sebati, masukkan air sejuk dan uli sehingga tepung tidak melekat dijari.
Untuk inti
Bahan-bahan
  1. 4 bj kentang
  2. 1 paket serbuk kari daging Adabi
  3. Daging/ayam yang dihiris halus
  4. bawang besar, bawang putih, sedikit halia
  5. minyak untuk menumis
  6. garam, gula, kiub ikan bilis
  7. daun kari, daun sup (optional)
cara-cara:
  1. tumis bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari sehingga keemasan.
  2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh air, tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging/ayam dan kacau.
  4. Masukkan air, kentang dan masak sehingga kentang empuk.
  5. masukkan daun sup, garam, gula dan kiub.
  6. sejukkan.
 

No comments:

Post a Comment