Pages

Wednesday, June 26, 2013

Sambal Ikan Bilis

Sebenarnya, saya pernah makan sambal ikan bilis yang lagi sedap. Tapi tak tahu resepi rahsianya. Dah rahsia... mestilah tak siapa yang tahukan...sengal...

Ini resepi ikan bilis stail saya... sedap ke... boleh la kalau terdesak... tapi nak bagitau jugak resepinya walaupun .... haha..sambung sendiri


Bahan-bahan:
  1. ikan bilis (ofkos la...)
  2. cili kering
  3. tomato
  4. bawang besar
  5. bawang putih
  6. halia
  7. belacan
  8. 1 cwn air
  9. air asam jawa
  10. garam, gula, kiub ikan bilis.
Cara-cara:
  1. Kisar cili kering, tomato, bwg besar, bwg putih, halia, belacan sampai lumat.
  2. tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
  3. sebelum itu, goreng ikan bilis separa masak. asingkan.
  4. bila sambal dah naik minyak masukkan ikan bilis tadi dan kacau.
  5. masukkan 1 cwn air dan biarkan sehingga air ikan bilis keluar dan memberi rasa pada sambal.
  6. masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam gula dan kiub ikan bilis.

Sunday, June 23, 2013

Bihun Goreng

Macam-macam stail saya penah buat. Ada yang tumbuk ikan bilis dengan cili api sebagai bahan perasanya, ada yang guna perencah bihun goreng adabi, ada juga saya buat guna cili kering je.

Tapi bagi saya yang paling sedap guna ikan bilis dan cili api yang ditumbuk halus...


Bahan-bahan:
bihun kering (rendam dengan air sampai lembut)
Bawang besar, bawang putih, sawi, taugeh
isi ayam, daging, udang, sotong, (saya suka letak udang kering)
kicap, sos tiram, sos cili/sos tomato
garam, gula, kiub ikan bilis

Bahan kisar ( boleh pilih)
  1. cili kering + tomato + bawang besar + bawang putih
  2. perencah bihun goreng + cili boh (tak perlu kisar, gaulkan dengan sudu jer)
  3. Ikan Bilis + bawang besar + cili padi
Boleh guna salah satu bahan di atas
Cara-cara:
  1. tumis bawang besar, bawang putih sehingga keemasan.
  2. masukkan bahan kisar.
  3. masukkan isi ayam, daging, udang, sotong atau salah satu daripadanya... tak perlu letak semua. kalau ada pun sedap jer.
  4. masukkan sedikit air ( dalam 1/3 cawan air), masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan kiub. perasakan dengan garam dan gula.
  5. masukkan bihun yang ditoskan.
  6. gaul rata kemudian masukkan sawi.
  7. Akhir, setelah hampir masak (bihunnya lembut) masukkan taugeh.
  8. boleh letak daun bawang, hirisan cili, atau hirisan telu.

Saturday, June 22, 2013

Bihun Goreng + Sambal Ikan Bilis

Teringat dolu-dolu, selain nasi lemak... saya suka sangat makan bihun goreng letak sambal ikan bilis. Dulu harganya masih lima posen jer... Sekarang ni tak dapat dah harga tu.

Bihun Goreng stail saya

Letak sambal...

sambal ikan bilis







Wednesday, June 19, 2013

Edisi Pavlova

Suka sangat makan pavlova.. Kadang-kadang, seminggu sampai 2 kali buat... Abes la diet.. huhu...
Buah-buah selalu guna apa yang ada dalam fridge. Kadang-kadang guna buah dalam tin je..









Ini yang terbaru... Ada buah kiwi je ...



Tak buat bulat.. buat 4 segi, senang nak potong...




Kalau singgah kedai jual barang-barang kek, mesti beli whipping cream 2,3 kotak. Spare untuk buat krim pavlova... Tapi sayang, pavlova guna putih telur je... kuning telur tu nak buat apa... ada idea tak?

Resepi di sini

Tuesday, June 18, 2013

Persiapan Saya untuk ke Jakarta-Bandung

1. Ubat-ubatan

2. Universal Plug Adptor


3. Baju hujan

4. Face Mask


Ada lagi... Payung kecil, wet tissues, beg  kain/plastik spare (untuk isi barang rampasan, jenis berzip)yang boleh dilipat bla..bla..bla.. Tapi yg penting, buku kecik ni..


Nilai tukaran wang

Address dan no telefon Embassy Jakarta

Maksud Perkataan

Waktu solat


Tukaran wang utk simpan dalam kocek

Bila hari ke 2, saya dah boleh guna wang Rupiah Indonesia dengan berjayanya tanpa guna kertas rujukan tu. Siap boleh hafal lagi kaler duit dan nilainya..  ha.ha,.. padahal kat Malaysia, nak congak duit beli keropok pn kadang-kadang fail...