Pages

Friday, December 6, 2013

Pancake Gulung berinti

Resepi sama je macam pancake yang saya selalu buat. Cuma gulungkan je. Inti guna buah-buahan kering.



Resepi di sini

Thursday, December 5, 2013

Snow Cheese Cake

Pertama kali makan, saya beli di Cmart Changlun. Beli kek yang kecik-kecik tu. Pendapat saya kek ni tak sedap....

Lama lepas tu, masa saya di Kmc nampak lagi kek ni. Rasa nak try sekali lagi. Sama gak, kek yang saiz kecik-kecik tu. Hooowaaa....  Kek ni sedap sangat. Lembut dan krimnya tak muak.

Pasal apa saya rasa dulu tak sedap. Baru saya ingat, kat kedai tu saya beli velvet cake pun tak sedap. Buang macam tu je.

Kali ni buat sendiri. Google resepi dan cari yang paling mudah. Hasilnya.....memang sedap.

Bahan-bahan:
100g tepung superfine
100 g gula kastor
60g tepung jagung
50ml air sejuk peti ais
6 bj telur - 2 dr telur tu buang putihnya
1 sdt baking powder
2 sdt ovellette
75g mentega yang dicairkan

Untuk topping:
250 g cream cheese ( 1 ketul)
1 cwn susu pekat - kurangkan pun takpe

Untuk hiasan atas topping tu guna Kraft Cheddar cheese yang diparut.

Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kecuali mentega yang dicairkan. Pukul sehingga adunan jadi putih dan gebu. Kemudian baru masukkan mentega cair.

Bakar guna suhu yang rendah iaitu 150 C selama lebih kurang 45 hingga 1 jam.

Untuk buat topping, pukul cream cheese dan susu sehingga lembut dan licin. Lagi senang kalau cream cheese tu dibiar ke suhu bilik dan jadi lembut. senang nak pukul dengan susu.

Bila kek sejuk, bolehlah tuang topping tadi dan hiaskan dengan parutan cheddar cheese tadi.






Memang sedap. Tak letak grated ceddar cheese tu pun tak pe. Sedap dah...

Wednesday, December 4, 2013

Gulai Lemak Cili Api Ikan Nyok-Nyok

Kali ni try tak buh bawang. Katanya orang nogori masak gulai lemak tak buh bawang.

Resepi:
Segenggam cili api ditumbut lumat bersama kunyit. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan serai. Masukkan asam keping dan kacang panjang. Akhir masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Daun kunyit takde so tak buh.




Tuesday, December 3, 2013

Kuih Getas-getas

Bila tengok blog Jurnal resepi bdaria , teringin plak nak makan kuih ni. Tengok macam sedap je... Tapi...memang sedap pun.

Resepi kuih ni korang godek2 la kat blog beliau ye....





Ofkos le tak secantik kuih yang dibuat sendiri oleh orang-orang Kelantan... tapi sedap la kuih ni...

Monday, December 2, 2013

Puding Roti

Roti dah dekat nak expired. Nak makan semua memang tak terhabis. Buat puding la...

Resepi Puding Roti
Carik-carikkan roti yang telah dilapisi mentega ke dalam mangkuk.
kemudian dalam bekas lain, masukkan 2 bj telur, susu segar, esen vanila, 2 sd tpg jagung, 2 sd tepung kastard, stgh cwn gula halus. Pukul sehingga gula larut. Kemudian tuang ke dalam bekas roti tadi. Tuang ke dalam bekas untuk dibakar. Tuangkan juga kismis (saya guna buah-buahan kering) ke atas roti tadi.




Sunday, December 1, 2013

Butter Cake

Teringin nak makan kek. Tambah pulak tadi tengok cite kartun diorang tengah masak kek. Errmmm... sedapnya....

Resepi kek ini saya pakai hentam je sukatannya. Lebih kepada saya agak-agak je. Bukan sebab nak tunjuk hebat sebab tak hebat pun tapinya bahan kat umah, itu je yang ada. Nasib baik jadi...

Bahan-bahan:
Butter (dalam 100g), secawan tepung gandum , susu pekat (lebih kurang 1/3 cwn), 3 bj telur, serbuk penaik, 1/2 cwn gula halus, esen vanila.

Cara-cara:
Pukul mentega bersama gula dan susu pekat. Kemudian masukkan telur, sebiji-sebiji. (selang sebiji, pukul). Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak. Masukkan juga esen vanila. Gaul sebati dan bakar lebih kurang 30-45 min suhu 180 c.








Dapat la sebiji kek saiz kecik dan 3 bj cupcakes (cupcakes tu saya campurkan coklat jadi marble cakes)

Saturday, November 30, 2013

Maggie sup sayuran

Kalau blogger terkenal pun boleh buat N3 pasal maggie, apalagi la saya kan... Tapi Che Mat Gebu mesti masak lagi sedap... selalu terliur tengok masakan dia.

Blog saya ni lebih kepada catatan untuk ingatan diri sendiri. Post gambar-gambar untuk kenangan sendiri.

Maggie sup sayuran ni saya belasah je masak guna bahan yang ada di rumah.
Tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili padi. Masukkan secawan air. Masukkan stok ayam dan sos tiram. Pas tu masukkan maggie (buang perencahnya), sotong dan baby kailan. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.








Friday, November 29, 2013

Cucur Bawang dan Ikan Bilis

Petang-petang ni sesuai makan cucurkan... Ikan bilis je yang ada kat rumah ni...

Bahan-bahan:
tepung gandum, sebiji telur, secubit serbuk kunyit, hirisan bawang besar, ikan bilis, tauge, garam dan gula.

Bancuh semua sekali dan goreng dengan minyak yang banyak.





Thursday, November 28, 2013

Nasi Goreng Belacan

Masa study di Uitm Shah Alam dulu tiap-tiap malam makan. Abes je kuliah malam mesti tapau nasi goreng belacan kat Sek 7. Yang bestnye nasi goreng belacan tu ada daging lada hitam dan telur dadar yang digulung. Sedap sangat.

Ada lebihan sambal belacan, daging lada hitam pun ada... apa lagi...




Wednesday, November 27, 2013

Ayam masak Merah

Macam-macam stail ayam masak merah saya pernah buat. Kali ni masak merah yang tak pakai santan

Bahan-bahan:
Ayam - digoreng (jangan terlampau masak)
bahan kisar 1 (sebiji bawang besar, 3 ulas bwng putih, seinci halia, 2 btg serai)
Cili kisar (cili kering, sebiji tomato, sebiji bawang besar, seulas bawang putih) - sebenarnya cili kisar memang saya buat banyak2 dan simpan dalam fridge.
sos cili, sos tiram, asam jawa, garam dan gula

Cara-cara:
Panaskan minyak, masukkan bahan kisar 1. Tumis sehingga bawang masak, masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Masukkan ayam goreng dan perasakan dengan garam dan gula.






Tuesday, November 26, 2013

Gulai Lemak Putih Sayur Kobis

Saya suka sangat makan kobis. Tapi sejak kawen ni jarang makan. Pantang kata orang tua-tua.

Tapi sekali sekali langgar gak pantang tu... Pantang jumpa!!!!

Bahan-bahan:
Kobis - dihiris dan dibersihkan
santan -saya guna susu segar
udang/ikan bilis
bawang besar- dihiris
cili merah - dihiris
garam dan gula

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau jangan  bagi santan pecah. Perasakan dengan garam dan gula.




Makan dengan nasi panas-panas, buh kicap ngan ikan kembung goreng...Perrgghhh....

Lempeng Pisang

Suka tak makan? Sedap ni makan panas-panas...

Senang nak buat. Pisang dilenyek-lenyek, buh tepung gandum skit, gula dan secubit garam. Buh sesudu dua dalam daun pisang, ratakan, buh inti kelapa skit pas tu bakar... Saya bakar dalam kuali jer. kalau bakar atas dapur arang lagi sedap baunya...