Pertama kali makan, saya beli di Cmart Changlun. Beli kek yang kecik-kecik tu. Pendapat saya kek ni tak sedap....
Lama lepas tu, masa saya di Kmc nampak lagi kek ni. Rasa nak try sekali lagi. Sama gak, kek yang saiz kecik-kecik tu. Hooowaaa.... Kek ni sedap sangat. Lembut dan krimnya tak muak.
Pasal apa saya rasa dulu tak sedap. Baru saya ingat, kat kedai tu saya beli velvet cake pun tak sedap. Buang macam tu je.
Kali ni buat sendiri. Google resepi dan cari yang paling mudah. Hasilnya.....memang sedap.
Bahan-bahan:
100g tepung superfine
100 g gula kastor
60g tepung jagung
50ml air sejuk peti ais
6 bj telur - 2 dr telur tu buang putihnya
1 sdt baking powder
2 sdt ovellette
75g mentega yang dicairkan
Untuk topping:
250 g cream cheese ( 1 ketul)
1 cwn susu pekat - kurangkan pun takpe
Untuk hiasan atas topping tu guna Kraft Cheddar cheese yang diparut.
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan kecuali mentega yang dicairkan. Pukul sehingga adunan jadi putih dan gebu. Kemudian baru masukkan mentega cair.
Bakar guna suhu yang rendah iaitu 150 C selama lebih kurang 45 hingga 1 jam.
Untuk buat topping, pukul cream cheese dan susu sehingga lembut dan licin. Lagi senang kalau cream cheese tu dibiar ke suhu bilik dan jadi lembut. senang nak pukul dengan susu.
Bila kek sejuk, bolehlah tuang topping tadi dan hiaskan dengan parutan cheddar cheese tadi.
Memang sedap. Tak letak grated ceddar cheese tu pun tak pe. Sedap dah...
No comments:
Post a Comment