Pages

Wednesday, January 25, 2012

Laksa

Saya sangat suka makan laksa. Mak dan adik pun sama. Kami gila makan laksa. Oleh kerana saya tak boleh makan bunga kantan, saya terpaksa masak sendiri bila terlalu teringin. Saya boleh masak laksa 2 minggu berturut-turut kerana terlalu teringin. Jadi resepi laksa yang saya tulis ini adalah resepi cara saya.

Bahan-bahan:
  1. Ikan Kembung
  2. Asam keping
  3. Cili kering kisar
  4. Daun kesom
  5. garam, gula
Cara-cara:
  1. Rebus ikan kembung dan asingkan isi dan tulang.
  2. Tulang ikan (termasuk kepala) dikisar hingga halus dan ambil airnya.
  3. Tambahkan Cili kisar, daun kesum, asam keping dan air.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kadang-kadang saya suka letak kiub ikan bilis kalau ikannya tak banyak.
Bahan-bahan untuk dimakan bersama laksa:
  1. hirisan timun
  2. hirisan salad
  3. hirisan nenas
  4. tauge mentah
  5. fish cake, fish ball
  6. hirisan bawang besar
  7. hirisan cili merah
  8. telur rebus



Ini untuk Mr Hubby. Semua benda nak letak.




Tapi saya suka makan laksa kosong bersama kuahnya sahaja. Best sangat...

No comments:

Post a Comment