Pages

Friday, December 2, 2011

Lafazkan Kalimah Cintamu

Novel ini saya beli sebelum novel 7 Hari Mencintaiku, pun saya beli kedua-dua novel ini lama dulu. Saya membaca novel ini sampai bengkak mata. Baca berpuluh kali pun air mata tetap akan mengalir sedangkan plot cerita ini saya dah tahu. Bagi saya, Siti Rosmizah berjaya mengheret saya ke dunia Tengku Aqilah.

Lafazkanlah Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah (SR Publication)

Novel ini mengisahkan tentang seorang anak terbuang, Tengku Aqilah yang telah dibenci oleh ayahnya kerana menganggap bahawa Tengku Aqilah yang telah menyebabkan kematian isterinya.

Walaubagaimana pun anak sulungnya, Tengku Natasha ditatang bagai minyak yang penuh sedangkan anak itu mempunyai perilaku yang amat buruk walaupun mempunyai paras yang cantik.

Salah satu sebab yang paling penting kenapa ayah Tengku Aqilah membencinya ialah kerana paras rupanya yang amat iras seperti Azreena, isterinya, ibu kepada Tengku Natasha dan Tengku Aqilah.

Macam mana Tengku Aqilah menyembunyikan parasnya supaya tidah dibenci oleh ayahnya.... kena la beli dan baca sendiri ye...


Lafazkan Kalimah Cintamu - Siti Rosmizah









Saya bagi 5 Bintang untuk novel ini.
Sinopsis novel ini hasil dari pembacaan saya, bukan yang ditulis di belakang novel tu ye...


2 comments:

  1. waaa...minat masak..
    minat baca..bagus ni..

    meh baca ni lak..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/12/posing-dengan-anak-sedara-perempun.html

    ReplyDelete
  2. mmg baca... x nmpak i follow tu..kikiii

    ReplyDelete