Ais Krim Goreng
bahan-bahan:
Ais krim - ikut suka, saya guna aiskrim vanila
roti keping (sandwish)
tepung gandum
tepung goreng adabi, yang guna untuk goreng pisang
Cara-cara:
- Pastikan aiskrim betul-betul beku dan keras. Gunakan skop aiskrim dan bulat-bulatkan aiskrim menjadi bentuk bebola.
- ambil sekeping roti, letakkan bebola aiskrim tadi dan tutup pula dengan sekeping lagi roti.
- Saya gunakan mulut cawan plastik untuk memotong aiskrim dan roti menjadi bulat.
- balut dengan plastik wraper dan bekukan semalamam.
- untuk menyediakan bancuhan tepung, gunakan 1/2 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan tepung goreng adabi, sedikit garam dan kunyit.
- bancuhkan sehingga bancuhan betul-betul likat.
- ambil aiskrim yang telah berbalut roti tadi, celupkan dengan bancuhan tepung dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
aiskrim Goreng |
aiskrim yang dibalut roti |
dibalut dengan plastik dan sedia untuk dibekukan |
digoreng hingga kekuningan |
aiskrim di dalam masih beku |
yang ini saya tak sempat bekukan semalaman terus digoreang sebab Mr Hubby tak sabar nak makan. |
No comments:
Post a Comment