Roti Kismis Coklat
Bahan-bahan:
1 cawan susu segar suam
3 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
1 biji telur } dipukul sikit
3 cawan tepung roti
1/2 cawan serbuk koko van hauten
1 1/2 sudu kecil yis kering segera
1 sudu besar bread softner
1 sudu kecil bread improver
100 g kismis hitam
Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan diatas ke dlm bread maker mengikut turutan kecuali kismis masukkan selepas bunyi beep pertama.
2. Pilih butang colour (saya pilih light) pada bread maker kemudian start.
3. Bila roti masak, keluarkan dari mesin tutup dgn kain bersih selama 1 jam (supaya crust atas roti tu jadi lembut)
Roti Kismis Coklat sebelum dipotong |
setelah dipotong... utk Mr Hubby |
Sebenarnya asal resepi ni Roti Putih Kismis, tapi Mr Hubby suka coklat jadi saya tambahkan serbuk koko.