Pages

Sunday, May 18, 2014

Salad

Tiba-tiba tekak melayu saya ni teringin nak makan salad. Teringin nak makan salad buatan sendiri.

Akhirnya....




Macam-macam saya letak. Kentang, tomato, brokoli, kobis, daun salad, epal merah, epal hijau, carrot, dan hirisan cili. Sosnya pula guna mayonis, cuka epal garam dan gula....




 Yang ini pula guna sos thousand island dan cuka epal.

Sunday, May 11, 2014

Breakfast hari ini... Nasi Lemak Kukus

Sudah 2 kali Ahad, saya sediakan nasi lemak kukus untuk sarapan. Minggu lepas, sebab En Suami nak cepat pergi kerja, saya cuma sempat sediakan lauk sambal bilis je.

Hari ini, nasi lemak kukus berlaukkan sambal daging hitam, sambal ikan dan sudah tentu sambal bilis.

Sambal ikan

ikan bilis goreng

Sambal Daging

Sambal bilis



 

Kali ni, sambal bilis saya mendapat pujian Si Dia. Saya selalu bereksperiment dan mencuba pelbagai jenis resepi sambal bilis.

Dan akhirnya, dapat juga merasa sambal bilis yang agak sedap buatan sendiri. En Suami kata, rasa sambal ni macam rasa sambal dulu-dulu.

Oleh itu, resepi ini saya abadikan di dalam blog ini.

Bahan-bahan:
Cili kering, tomato, cili merah, belacan, sedikit gula kabung dan juga bawang besar - dikisar
garam, gula dan perasa
gula merah, air asam jawa
ikan bilis - digoreng

Caranya
Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak, masukkan gula merah, asam jawa, gula merah dan garam. Tumis sehingga sambal menjadi merah kehitaman. Masukkan sedikit ikan bilis goreng. Siap untuk dihidang.

Thursday, May 8, 2014

Labu...oh labu

Pokok labu yang saya tanam memang galak berbunga. Tapi semuanya bunga jantan. Tiap-tiap hari cek, kot-kot bunga betina yang keluar.

Sejak seminggu yang lalu, saya sibuk sangat. Sempat cek gitu-gitu je. Hari ni, balik je kerja terus tengok-tengok pokok-pokok kesayangan.

Tak sangka, ada sekuntum bunga labu betina yang hampir layu. 'Si tukang kebun express' ni terus ambil alat-alat yang patut untuk kawenkan diorang.

Alih-alih, baru pegang je, terus jatuh bergolek si bunga betina... Geram betul...

Si Bunga Betina

Si Bunga Jantan
Nampaknya kena tunggu lagi la, bunga betina keluar. Kali ni nak extra carefull...hoho...caiiyukkk

Tuesday, May 6, 2014

Kisah Si Bunga Rose


kali pertama melihatnya, terus hati terpikat. Pokok bunga rose ini saya bawa balik dalam keadaan bunga yang sedang berkembang.








Lama kelamaan, kelopaknya akan bertukar warna perlahan-lahan menjadi merah jambu kegelapan.

Atas nasihat pakar bunga di nusery tersebut, bunga rose yang sudah pudar warnanya dipotong bagi memberi peluang bercambahnya putik bunga yang baru.



Setelah dipotong, muncullah putik bunga baru, ditempat yang berdekatan dengan bunga yang dipotong.






Mengeluarkan putik bunga yang kian berkembang.




Dan akhirmya ,menjadi kuntuman bunga yang sangat indah.





Namun sekali lagi warnanya menjadi pudar setelah beberapa ketika.
Dan baru sebentar, bunga yang pudar warnanya ini dicantas.




Nampak tak? Ada dua putik bunga yang baru muncul. Untuk kesekian kalinya, Si Bunga Rose ini menunjukkan diri. Kali ini begitu megah berpasangan.

Sekian.

Saturday, May 3, 2014

Pokok Bunga yang membalas Jasa...

Cerita ini ditulis kerana meluahkan perasaan yang amat gembira. Tiada niat dihati untuk mengaibkan sesiapa dan menyinggung perasaan orang-orang yang membacanya.

Setiap hari, setiap petang ketika saya menyiram pokok-pokok bunga dan sayur yang sekangkang kera tu, saya pasti akan menyiram pokok-pokok bunga di sebelah rumah saya.

Setiap hari, balik dari kerja, saya pasti akan membelek-belek pokok-pokok yang saya tanam. Dalam hati, saya amat kesian jika pokok-pokok itu layu. Saya rasa betapa peritnya pokok-pokok itu jika kekurangan air.

Bayangkan, musim panas haritu, setitik hujan pun tak turun, berminggu-minggu hujan tak turun. Pokok-pokok saya, yang saya siram setiap pagi dan petang pun, kadang-kadang melepek kekeringan air. Apatah lagi, pokok-pokok bunga di sebelah rumah.

Atas dasar kesian dan simpati pada pokok-pokok bunga itu, saya pun menyiramnya. Kadang-kadang setiap hari, kadang-kadang selang sehari.

Saya tak tahu namanya... masa 'ia' ditanam saya ada meminta benihnya. Saya sangat berharap 'ia' membesar dan mengeluarkan benih.

Pokok-pokok bunga tu, daripada melepek hingga hampir mencium tanah, sekarang dah segar-bugar. Kemudian melepek semula kerana katanya pokok-pokok bunga itu sudah mahu dicabut kerana tidak berbunga.

Sayu hati saya mendengarnya dan saya tidak menyiramnya lagi kerana fikirkan tuan empunya mahu mencabutnya.

Tapi, setiap hari melihatkan pokok tersebut melepek kekeringan, saya sambung semula rutin menyiramnya. Saya fikir saya akan siram sehingga 'dia dicabut'.

Tapi hari ini....







Pokok ini telah berbunga...
Bunga yang pertama keluar ialah pokok yang menghadap rumah saya.

Subhanallah... Pandai betul ambil hati ye...

Terima kasih pokok bunga... Terima kasih kerana membahagiakan saya.

Dan saya tahu, pokok ini juga berterima kasih kepada saya.