Pages

Sunday, January 29, 2012

Pancake


Bahan-bahannya saya tak sukat. Main agak-agak jer. Bancuh agak-agak likat tu kira jadi la.

Bahan-bahan:
  1. 1 1/2 cwn tepung naik sendiri
  2. 1 sd teh baking powder
  3. 1 sd bsr marjerin
  4. 5 sd bsr gula halus
  5. secubit garam
  6. 1 cwn susu segar
  7. 1 bj telur
caranya:
  1. bancuh dan gaul rata semua bahan di atas. 
  2. Rehatkan seketika
  3. gunakan non stick pan dengan api yang sederhana.
  4. oleskan dengan sedikit minyak sebelum menuang bancuhan.




Boleh dimakan bersama curahan madu atau coklat dan strawberry. tapi saya suka makan kosong macam tu jer...

Friday, January 27, 2012

Makan


kari daging

sup ubi kentang - request dr hubby (sll saya tambah cendawan tiram)

acar timun + nenas

sambal kicap - hubby buat utk makan bersama meehoon sup malam tadi.

ikan ni bukan hangit ye. ikan kembung yang diperap asam jawa



Kuih sagu

kuih ni saya suka makan masa kecik-kecik dulu.

caranya:
  1. sagu direbus sehingga kembang.
  2. masukkan pewarna merah(sirap ros), daun pandan, gula dan secubit garam.
  3. gaul rata sehingga pekat dan melekit.
  4. sejukkan di dalam acuan atau loyang.
  5. potong dan gaulkan dengan kelapa parut.(kelapa parut yang digaul bersama garam)

Strawberry

saya suka makan strawberry. Selalunya saya cicah dengan gula atau pun buat jus.
strawberry yang beli kat tesco
Jus epal + strawberry
2 bj epal merah
strawberry
kiub ais
pewarna merah(sirap ros)
gula
secubit garam
  • kisar semua bahan
  • tuangkan jus sunqist (campuran berry kalau tak silap) ke dalam cawan sebelum tuangkan jus yang dikisar.
lapisan bawah = jus sunqist
Jus Tembikai
isi tembikai
pewarna merah (sirap ros)
kiub ais
gula dan secubit garam
kadang-kadang saya campurkan susu pekat

  • kisar semua dan sedia untuk diminum

Wednesday, January 25, 2012

Laksa

Saya sangat suka makan laksa. Mak dan adik pun sama. Kami gila makan laksa. Oleh kerana saya tak boleh makan bunga kantan, saya terpaksa masak sendiri bila terlalu teringin. Saya boleh masak laksa 2 minggu berturut-turut kerana terlalu teringin. Jadi resepi laksa yang saya tulis ini adalah resepi cara saya.

Bahan-bahan:
  1. Ikan Kembung
  2. Asam keping
  3. Cili kering kisar
  4. Daun kesom
  5. garam, gula
Cara-cara:
  1. Rebus ikan kembung dan asingkan isi dan tulang.
  2. Tulang ikan (termasuk kepala) dikisar hingga halus dan ambil airnya.
  3. Tambahkan Cili kisar, daun kesum, asam keping dan air.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Kadang-kadang saya suka letak kiub ikan bilis kalau ikannya tak banyak.
Bahan-bahan untuk dimakan bersama laksa:
  1. hirisan timun
  2. hirisan salad
  3. hirisan nenas
  4. tauge mentah
  5. fish cake, fish ball
  6. hirisan bawang besar
  7. hirisan cili merah
  8. telur rebus



Ini untuk Mr Hubby. Semua benda nak letak.




Tapi saya suka makan laksa kosong bersama kuahnya sahaja. Best sangat...

Sambal Tumis Ikan Bilis Tempoyak

Ini lauk kegemaran kami sekeluarga. Paling senang nak masak dan wajib buat bila tiba musim durian.

Bahan-bahan:
  1. ikan bilis
  2. cili api (ditumbuk halus)
  3. tempoyak (saya selalu guna tempoyak yang manis)
  4. air
  5. garam dan gula
cara-cara:
  1. Tumis ikan bilis hinggan sedikit garing.
  2. Masukkan cili api, tempoyak dan sedikit air.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.

Sambal tumis ikan bilis tempoyak




Pembuka selera terutama ketika bersahur.

Tuesday, January 17, 2012

Agar-agar Santan Gula Merah

Mak saya pernah buat semasa saya kecik-kecik dulu. Teringin sangat nak makan, saya dengan kamikazinya mereka cara untuk memasaknya. Alhamdulillah, akhirnya menjadi.

Bahan-bahan:
  1. agar-agar
  2. air
  3. gula merah
  4. gula putih
  5. garam
  6. pati santan
Cara-cara:
  1. masak ke semuanya kecuali santan.
  2. apabila semuanya larut, tapis dan masakkan semula.
  3. masukkan santan, kacau seketika dan sejukkan.
  4. santan akan timbul di atas agar-agar apabila sejuk nanti.







Mee ala Mee hotplate

Kalau balik Ipoh, saya suka sangat makan mee hotplate kat Giant. mr Hubby pun suka sangat. Oleh kerana saya ada membeli cendawan shitake, husband minta saya buatkan mee ini walaupun menggunakan mee biasa.

bahan-bahan:
  1. mee kuning
  2. cendawan shitake
  3. bawang merah, bawang putih dihiris kasar
  4. halia
  5. kicap
  6. sos tiram
  7. kiub ikan bilis
  8. sawi
  9. cili kering (tak perlu kisar, masukkan segenggam)
  10. ayam
  11. tepung jagung
cara-cara:
  1. tumis bawang merah dan putih sampai kekuningan.
  2. masukkan air, rebus ayam sampai empuk.
  3. masukkan halia dan segenggam cili kering.
  4. masukkan kicap, sos tiram dan kiub.
  5. bila ayam dah lembut, masukkan garam, gula secukup rasa.
  6. akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. kacau sampai pekat.
  7. celur mee dan sawi. Sedia untuk dimakan







Saturday, January 14, 2012

Jemput-jemput ikan bilis

Masa tengok masterchef haritu, tetiba Husband kata ...laparla... ada benda nak makan tak. So belek-belek dapur, ada benda ni jer...

Bahan-bahan:
  1. tepung naik sendiri Blue key
  2. garam, gula, serbuk ikan bilis
  3. ikan bilis
  4. bawang besar yang dihiris halus.

Cara-cara:
  1. gaulkan semua dan goreng macam biasa.
cucur ikan bilis

Agar-agar oren

Resepinya:

1/2 paket agar-agar
buah oren - dibelah dua, buangkan isi
pati oren sunkist
jus oren peel fresh marigold
gula

cara:
  1. masak agar-agar, masukkan gula, pati oren dan jus peel fresh.
  2. masukkan isi oren yang dikupas tadi ke dalam kulit oren.
  3. tuangkan agar-agar yang siap dimasak tadi ke dalam kulit oren.
  4. sejukkan dan sedia dimakan.



Makan-makan

Sejak sekolah dibuka, saya dah tak ada masa nak layan blog atau fb. Layan gambar je lah...

nasi tomato

kari ikan kembung

ayam masak merah

daging bakar

ayam goreng

sambal belacan-Mr Hubby sibuk je nak deko. daun apa tah dia letak...

daging masak lada