Pages

Tuesday, December 27, 2011

Novel Baru

Oleh kerana novel yang baru saya beli agak tidak menarik, saya telah membeli 2 novel lagi semasa di Ipoh.

  1. Awak Suka Saya Tak - Melur Jelita
  2. Sayangku Merajuk - Ayu Emelda

Saya tgh baca ' Sayangku Merajuk' 
 Saya suka beli novel di kedai buku popular. Sebab itu dipanggil Cikgu Popular. Duta tak rasmi, heheheee....

Buat yang Tersayang

Ini salah satu novel daripada 3 novel yang saya beli terdahulu. Seperti yang saya pernah sebut tulis dalam entri sebelum ini, ketiga-tiga novel tersebut kurang menarik untuk saya meneruskan pembacaan. Walaubagaimana pun, Novel 'Buat Yang Tersayang' agak menarik untuk dibaca.

Sinopsis:

Syira merupakan anak tunggal kepada pasangan suami isteri (yang tinggal di Sabah) yang sangat kaya. Memiliki pakej yang lengkap, pandai (mengambil jurusan kedoktoron di Mesir), cantik, pandai memasak, menjahit, mengubah bunga, mahir berkarate, berbahasa cina (mandarin kalau tak silap) dan disenangi orang-orang yang mengenalinya.

Syira dijodohkan dengan anak kepada rakan baik kedua ibu bapanya, yang tidak pernah dikenalinya atau dilihat. Pasrah dengan ketentuan Ilahi Syira meneruskan perkahwinan itu dan agak malang suaminya (Airy) telah mempunyai kekasih hati yang lain.

Tanpa Airy sedari, wanita yang menjadi pujaan hatinya itu ialah isterinya sendiri.

Buat Yang Tersayang - Maya Rasyidah

terbitan karangkraf

Dipermulaan cerita novel ini banyak menyelitkan dialek melayu-brunei. Sayangnya tiada terjemahan untuk dialek tersebut menyebabkan saya kebosanan membacanya. Watak utama iaitu Syira yang sangat sempurna menyebabkan saya jelik. Namun novel ini masih lagi menarik untuk dibaca dan pengakhiran cerita yang sangat baik.

Monday, December 26, 2011

Juara Carta Cinta

Novel yang dibeli oleh adik kesayangan saya. Juara carta cinta diolah oleh penulis, Lynn Dayana dengan sangat baik. Tak macam 3 novel yang saya beli baru-baru ni.. Garapan dari Lynn Dayana memang tidak mengecewakan . Apa yang pasti, 2  novel (termasuk yang ini) yang saya baca hasil tulisan beliau, selain menceritakan kisah cinta, beliau juga menerapkan kisah aksi dan misteri, (kisah-kisah yang melibatkan polis).

Sinopsis:

Maya Hanum, seorang penulis novel mempunyai sebuah kedai menjual cenderamata dan buku-buku tinggal di sebuah pangsapuri di mana jiran di kiri dan kanannya adalah bekas kekasih dan bekas tunangannya.

Bermula dengan jiran yang baru berpindah, Hakim yang rupa-rupanya bekas kekasih yang sudah mempunyai kekasih baru. selang beberapa bulan, jiran yang sebelah lagi berpindah masuk, di mana Intan, isteri kepada bekas tunangnya Adnan (yang bekerja di luar negara) tinggal sendirian. bermulalah konflik merebut kembali cinta Maya.

Maya kemudian berkenalan dengan seorang pemuda misteri yang menjadi peminatnya. Kejadian malang berlaku ketika berkelah bersama Haikal(peminat misteri) di mana Maya disambar petir.

Setelah sembuh dari kejadian malang itu Maya sering didatangi oleh roh-roh yang meminta pertolongannya.

Juara carta Cinta - Lynn Dayana


Tak rugi beli novel ini kerana kesudahannya tidak seperti yang di sangka.

Balik Kampung


Saya baru balik dari Ipoh, menghantar keluarga yang datang melawat. Suasana di Sunway City Ipoh bermandi dengan cahaya lampu yang sangat cantik kerana sedang meraikan Krismas (saya tak raikan ya).


Sunway city Ipoh

Waktu malam


Mr Cendol, Giant - makanan yang dijual sangat sedap

mee rendang, nasi lemak, cendol, rojak (pasembor), laksa, mee rebus
kalau nak makan kat tepi gerai tu pun boleh
saya cuma rasa cendol, mmg sedap kalah cendol mamak
Gambar diambil guna HP je..Jadi kualiti tak cantik.






Wednesday, December 21, 2011

Jemput-jemput Gula Merah

Saya suka makan jemput gula merah yang dibuat oleh mak. Emak tak gunakan tepung naik sendiri dalam jemputnya tapi saya masukkan untuk lebih gebu.
Sukatannya saya tak pasti sebab pakai agak je.

Bahan-bahan:

Tepung Gandum
tepung naik sendiri
gula merah - masak dengan air dan tapis
gula
secubit garam

  1. bancuh seperti biasa macam nak buat jemput-jemput yang lain.

Jemput Gula Merah
Bancuhan tepung
dalamnya akan berongga lagi lama peram lagi banyak rongga
Tangan tak berseni

Ais Krim Goreng

Ini resepi cara saya sendiri, saya buat sebelum saya berpantang.

Ais Krim Goreng

bahan-bahan:

Ais krim - ikut suka, saya guna aiskrim vanila
roti keping (sandwish)
tepung gandum
tepung goreng adabi, yang guna untuk goreng pisang

Cara-cara:
  1. Pastikan aiskrim betul-betul beku dan keras. Gunakan skop aiskrim dan bulat-bulatkan aiskrim menjadi bentuk bebola.
  2. ambil sekeping roti, letakkan bebola aiskrim tadi dan tutup pula dengan sekeping lagi roti.
  3. Saya gunakan mulut cawan plastik untuk memotong aiskrim dan roti menjadi bulat.
  4. balut dengan plastik wraper dan bekukan semalamam.
  5. untuk menyediakan bancuhan tepung, gunakan 1/2 cawan tepung gandum dan 1/2 cawan tepung goreng adabi, sedikit garam dan kunyit.
  6. bancuhkan sehingga bancuhan betul-betul likat.
  7. ambil aiskrim yang telah berbalut roti tadi, celupkan dengan bancuhan tepung dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.

aiskrim Goreng
aiskrim yang dibalut roti
dibalut dengan plastik dan sedia untuk dibekukan
digoreng hingga kekuningan
aiskrim di dalam masih beku
yang ini saya tak sempat bekukan semalaman terus digoreang sebab Mr Hubby tak sabar nak makan.

Sunday, December 18, 2011

Novel Baru

Sebelum saya dimasukkan ke wad, saya telah menyiapkan diri dengan pelbagai perkara. Salah satunya buku novel. Saya ingat saya boleh habiskan masa di wad dengan membaca novel, tapi kerana perasaan ngeri untuk ke dewan bedah telah memadamkan hasrat saya untuk membacanya.

  1. Kau Milikku 
  2. Semerah Inai Dijari
  3. Buat Yang Tersayang

Hanya satu yang saya buka pembalutnya iaitu 'BUAT YANG TERSAYANG'. Itupun saya hanya membaca untuk beberapa helai halaman sahaja. Jadi saya belum lagi dapat berkongsi sinopsis kesemua buku-buku ini.

cuti + sakit

Assalamualaikum...

Entri kali ini saya mulakan dengan salam. Saya mendoakan kesejahteraan kepada pembaca blog ini dan berharap dengan menjawab salam ini sedikit sebanyak mereka mendoakan kesejahteraan saya.

Cuti akhir tahun kali ini saya diduga dengan sakit. Demam sebaik sahaja cuti sekolah bermula, keracunan makanan hampir seminggu dan 13 dan 14 hb haritu saya dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan kecil.

Sekarang saya semakin pulih dan rasa macam dah pulih sepenuhnya dengan kehadiran ibubapa saya dari Ipoh.

Jadi, saya tiada resepi untuk dikongsikan buat masa ini sebab dalam keadaan berpantang. 

gugel


Friday, December 9, 2011

Puding Triffle

Puding Triffle

Bahan-bahan:

1 gulung kek swiss roll (boleh buat sendiri kek butter simple)
1 tin susu cair/susu pekat pun boleh tp guna agak2 manis je
1 tin fruit coctail / tin peach kalau xda guna jer buah2an segar
2 1/2 sudu gula
secubit garam
3 sudu besar tepung kastard (bancuh dgn air suam)
1 paket agar2 jelly (saya beli yg jely nona perisa strawberry, merah2 nmpak cantik)

cara-cara:

lapisan pertama
1. basahkan kek gulung tu dgn air dari fruit cocktail tu..lembab2 kannya.. then aturkan penuh dlm bekas utk lapisan bwh..

lapisan kedua
2. sementara itu, masak susu cair, gula dan garam skit sampai agak2 mendidih then masukkan bancuhan tepung kastard td..kacau sampai pekat ...tutup api dan biarkan sejuk 1 min,
then tuang bancuhan ni atas kek yg dlm bekas td..

lapisan ketiga
3.susun fruit cocktail tadi atas puding kastard

4. masak jelly td ikut arahan kat paket jelly yg dibeli tu..

bila siap masak jelly tu, sejukkan dua minit..then tuang atas bekas td untuk lapisan ketiga..

then masukkan dlm peti sejuk..biar dlm 2-3 jam..

Puding triffle ini saya hiaskan dengan nenas, ceri, buah kiwi

Yang ini saya guna buah-buahan koktail dalam tin.


Thursday, December 8, 2011

Apam Gula Hangus

Kuih ini resepinya saya selalu main agak-agak sebab saya reka dan ubahsuai sedikit. Saya pernah hidangkan semasa kenduri bacaan yasin di rumah saya di Ipoh dan hasilnya, kuih ini ditempah oleh rakan-rakan emak saya untuk kenduri mereka pula. Oleh kerana saya hanya pulang bercuti saya hanya sempat buatkan kuih ini untuk kenduri di surau.

Apam Gula Hangus

1 cawan gula - dibuat gula hangus tambah 1 cawan air panas
3 biji telur
susu kotak ( agak-agak 1 cawan)
tepung gandum ( agak-agak dalam 2-3 cawan)
secubit garam
soda bikarbonate
1/2 cawan gula (agak-agak manis)
esen vanila

untuk gula hangus:
  1. gula dimasak di dalam periuk tanpa air sehingga kekuningan.
  2. apabila semua gula telah cair tambahkan air panas.
  3. kacau sehingga menjadi larutan air keemasan.
cara menyediakannya:
  1. telur dipukul bersama gula sehingga gula larut.
  2. tambahkan susu berselang seli dengan tepung .
  3. masukkan soda, garam esen vanila dan gula hangus tadi.
  4. kacau sehingga sebati.
  5. boleh dikukus terus di dalam loyang atau pun di dalam acuan,
  6. kukus lebih kurang 10-15 min.
Ini apam gula hangus versi saya. saya kukuskan bersama acuan kertas.



Wednesday, December 7, 2011

Egg Benedict

Juadah untuk breakfast, tetapi kalau dah teringin petang-petang pun boleh makan...

Egg Benedict


Roti Sandwish
telur

garam, gula, lada hitam
keju ceddar


cara-cara:

  1. sediakan bekas yang melengkung seperti mangkuk. Tadi saya guna aluminium foil yang dibentukkan seperti mangkuk. 
  2. Sapukan butter atau marjerin pada roti dan letakkan dalam bekas. Guna sekeping atau dua pun memadai.
  3. pecahkan telur. ikut suka berapa biji.
  4. taburkan garam, gula, lada hitam.
  5. Hiris keju halus dan tanurkan di atasnya.(apa-apa keju pun boleh)
  6. bakar dalam oven dengan suhu 180 c selama lebih kurang 10 - 15 min.
  7. Boleh dihidangkan bersama salad, tomato dan timun.
Egg Benedict



Baru buat tadi

Sakit


gugel


Jumaat, 2 -3 pagi, muntah -muntah dan cirit birit. Ingat kena gastrik. 2 hari terbaring nak bangun pun tak boleh. 

Akhirnya mendapat kekuatan untuk ke klinik pada hari selasa. 
Rupa-rupanya... keracunan makanan.

Hari ini, teringat nak melawat blog...