Pages

Sunday, March 11, 2012

Menu Simple - Sup Kentang dan Cendawan

Bahan-bahan:
  1. kentang
  2. carrot
  3. cendawan butang
  4. cendawan tiram (saya tak letak sebab takda. kalau ada sedap sangat)
  5. ikan bilis
  6. bawang besar
Caranya:
  1. Rebus ikan bilis sampai mendidih nak keluarkan air bilis tu).
  2. masukkan kentang, carrot, rebus sampai empuk.
  3. Masukkan cendawan dan bawang besar.
  4. Masukkan daun bawang dan sup,  cili kering dihiris halus, nak pedas lagi hiris cili padi
  5. Perasakan dengan garam dan gula.

Salad buah

Saya gemarkan strawberi. Nak makan macamtu saja, masam sangat. Saya ni tak makan masam-masam. Jadi saya selalu buat jus ataupun salad.

Bahan-bahan lain dalam salad, nenas tin, epal merah, kadang-kadang saya letak kiwi.


Menu Simple - Daging Rebus Pedas Lada

Kadang-kadang, tekak jemu makan benda-benda yang berminyak, berlemak, berkicap... Saya selalu buatkan makanan yang hanya perlu direbus tanpa memerlukan bahan-bahan yang banyak.

Selalunya saya guna ikan, tapi kali ini saya guna daging. Rasanya menu ini sesuai sangat untuk orang-orang yang berpantang.

Bahan:-bahan:
  1. Daging, dipotong nipis-nipis
  2. halia muda, dipotong nipis dan memanjang
  3. lada hitan, ditumbuk halus, saya suka tumbuk kasar-kasar.
Caranya:
Rebus daging sehingga empuk, masukkan hirisan halia dan lada hitam. Biarkan sehingga airnya hampir kering. Saya suka berkuah skit.


Kalau takda daging, saya suka guna ikan kembung. Caranya sama je....

Air buah-buahan

Saya sangat sibuk baru-baru ni. Rasanya tahun ni merupakan tahun yang amat buzy.

Satu hari, balik dari sekolah, setelah bertungkus lumus menyediakan hidangan tengahari, Mr hubby meng'suprise'kan saya dengan minuman ciptaannya...



Katanya, bahan-bahan yang digunakan ialah:
  1. air oren Twister, Saya suka Marigold, Hubby suka twister....
  2. nenas dlm tin, Hubby suka nenas yang dipotong bulat berbanding nenas kiub
  3. epal merah, dipotong kiub
  4. strawberi, potong empat
  5. oren sunkist
  6. ketul ais.
Caranya, masukkan semua... air oren, nenas termasuk airnya sekali, epal,stawberi dan ais. kacau dan perahkan oren sunkist.

Rasanya memangla sedap... Tambah-tambah Hubby yang buatkan...

Friday, March 2, 2012

Gulai Lemak Cili Padi Tulang Ikan Kurau Masin

Saya suka sangat lauk ni. Terutama ayah, ini lauk traditional ayah. Saya perkenalkan lauk ini pada suami masa mula-mula kawen dulu. Hasilnya, ini satu-satunya gulai berwarna hijau yang Mr Hubby makan. hehe...

Bahan-bahan:
  1. Tulang ikan kurau kering/masin 
  2. Cili Padi (kampung)
  3. Kacang panjang
  4. Bawang besar/merah
  5. santan
  6. kunyit hidup
  7. Garam,gula
  8. Asam keping
Cara-cara:
  • Tulang ikan kurau masin dibakar terlebih dahulu sebelum dibasuh. Kemudian direndam dengan air.
  • Cili padi, kunyit hidup dan bawang besar ditumbuk lumat.
  • Patah-patahkan kacang panjang.
  • Masukkan semua bahan yang disediakan ke dalam periuk.
  • Masukkan santan dan sekeping asam keping. Kacau jangan bagi santan pecah.
  • Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis. Garam jangan banyak sebab ikan kering tu dah masin.
Bakar atas dapur je

Rendam dalam air. Pastu basuh bersih-bersih

Kacang panjang, patah-patahkan je

Siap untuk dihidang




Ingatkan boleh simpan skit untuk makan petang nanti. Tengok-tengok dah licin...