Assalamualaikum...
Lama sudah tidak bersiaran. Sejak akhir-akhir ini, saya terlalu sibuk... sebenarnya malas....
Saya nak kongsi kek yang dah lama saya buat. Ceritanya seorang rakan saya ni bercerita tentang kesedapan kek ni. Katanya kek ni mudah nak buat, bahan pun sikit je dan yang penting tak perlu bakar.
Selalu sangat bercerita. Satu hari tu, saya tergerak hati nak tanya resepinya... Dia cerita bahan-bahan yang perlu dan cara nak buat secara ringkas.
Memandangkan dia tu menunggu hari je nak bersalin, rasa kesian plak. Manala tahu kot2 dia teringin.
Akhirnya....
Resepi:
1 buku / 250gm cream cheese
1/2 tin susu pekat (guna 3/4 tin kalau nak manis lagi)
1/2 buku mentega (optional)
Biskut cream craker / biskut 4 segi
esen vanila
nestum (optional)
Caranya:
1. Pukul mentega sehingga ringan, masukkan cream cheese. Pukul lagi sehingga sebati dan gebu. Masukkan susu pekat, pukul sehingga sebati.
2. Rendamkan sekejap biskut dalam susu suam dan susun di dalam bekas. (rendam jangan sampai lembik)
3. Kemudian lapiskan dengan adunan cheese tadi.
4. Taburkan serbuk nestum.
5. Lapiskan semula dengan biskut crackers tadi dan ulang step di atas. Sejukkan semalam sebelum siap untuk dimakan.
Resepi yang kawan saya cerita tu tak letak mentega dan nestum. tapi saya ada google skit sebelum buat. banyak yang tambahkan dua-dua bahan tu.
Menurut kawan saya tu, resepi version ini lebih sedap tau. SO sila la cuba.. Saya dah buat 2 kali kek ni...