Pages

Friday, December 28, 2012

Mr Cendol, Giant Ipoh.


Saya bukanlah penggemar cendol. Tapi sejak berkahwin, terus terminat pulak. Saya dah cuba bermacam-macam kedai yang popular dengan cendol, tapi tak boleh lawan lagi dengan Mr cendol.

Di Kangar, ada satu kedai yang popular sampai masuk tv dan paper... saya cuba, memang mengecewakan. Tahap satu bintang walaupun namanya gah. Saya siap bawa keluarga dari Ipoh untuk cuba. kami makan tak habes. Macam mana boleh terkenal????

Di Changlun pun ada kedai cendol popular tak hengat... boleh bagi 2 bintang... pun tak habes makan. Tak sedap. Mungkin cita rasa orang lain-lain. Dan mungkin saya dah rasa cendol yang lebih sedap.

Saya kalau nak cuba cendol mesti order cendol yang kosong. Maksudnya tak dicampur dengan pulut, jagung, durian, dll... Kalau cendol kosong pun sedap apatah lagi kalau campur serba mak nenek... haruslah sedap kan... Sebab itu, saya akan cuba cendol yang asli tanpa campur apa-apa... baru lah boleh kesan cendol tu sedap ke tidak..

Sebelum try Mr cendol, saya selalu makan cendol mamak yang jual dalam Van. Van tu selalu parking kat kedai di Taman Bercham Raya. Sedap sebab rasa cendol yang lemak, manis dan masin. Ada beberapa bulan diorang tak berniaga sebab sakit... tak tahulah apa puncanya kan... Mungkin sebab cendol dia sedap ada orang tak suka...

Punya la teringin cendol yang sedap macam mamak tu buat. Tak ada satu pun bole lawan. Tengok-tengok ada kedai cendol kat Giant Ipoh. Dalam kontena je... Kontena yang diubahsuai...








Masuk paper lagi.. tapi saya tak baca pun


masuk paper omputeh..

Bahagian dalam, sapa nak makan kat dalam, ada kipas




Bahagian luar, sapa yang nak mkn kat luar..

Ada juga meja berpayung. Dalam botol tu air gula melaka yang likat, pekat dan sedap.

Gula merah/melaka tu saya tambah extra. Perrgghhh




Apa yang saya nampak, Mr cendol ni ambil orang-orang OKU sebagai pekerja. Baguskan.

Tapi yang paling saya terharu, diorang ni sangat baik walaupun tak peramah.

Ada sekali saya nak beli cendol, hujan turun ya amat lebat. Saya bagi isyarat dan jerit nak cendol dari kaki lima Giant tu. Diorang suruh tunggu. Yang herannya, diorang faham walaupun hujan lebat dan mungkin diorang baca gerak mulut saya kot. Dan yang paling best, diorang siap hantar kat kite dengan berpayung dan siap mintak maaf lagi... terharu tau orang layan macam tu... Terima kasih sangat-sangat...


Lupa nak cerita rasa cendolnya. cendolnya ada rasa santan yang segar, lemak dan tak manis. santannya pekat tapi tak muak dan tak ada bau basi ye... Bahan-bahannya ada kacang merah dan tentulah ada cendol. Yang buatkan cendol ni rasa sedap ialah air gula melaka yang likat dan rasanya manis-manis masin. Tambah sedap kalau letak banyak-banyak.... Rasa nak bawak balik je botol air gula tu...


*** Saya tak ada kaitan dgn pengusaha Mr cendol. Harap maklum.. Tak dpt cendol free pun kikiiiii. sekadar menceritakan cendol kegemaran saya jer...


Friday, December 14, 2012

Kenapa PiNk...

Saya suka warna putih. Kalau boleh saya nak kumpul semua barangan saya berwarna putih. Tapi setiap kali nak beli sesuatu, saya mesti terpilih barang yang berwarna merah jambu...

Handbeg - Beli kat Hadyai
towel

mug - beli kat Cameron

botol Air

Beg - saya isi telekung

Pensel case
External Hard Disc case

Bekas cincin 

seterika

lapik meja... sebenarnya lapik peti ais, lapik pinggan... semua kaler pink

Bantal
berus - semut tu hiasan jer... heheeee

Notice board

cermin ni kaler pink
Nak beli reben pun kaler pink
seliper ni saya google,.. sama macam saya punya...
 Ada jer barang saya kaler putih...


Notebook dan mouse

tablet


Kamera Olympus hadiah BDay...
 Ada je kaler hitam...hehhee

Tapi kaler pink yang yang sentiasa menjadi pilihan mata saya ni bukankah kesukaan nabi. Nabi suka kaler putih, pink dan hijau....

Masak-masak

Saya suka membaking kek. Saya tak pandai dan tangan pun tak berseni tapi saya suka mencuba resepi-resepi di dalam internet.Ada yang jadi ada yang kurang menjadi.

Ada satu peristiwa yang membuatkan saya serik tentang kek. Seorang teman telah menempah cupcakes untuk harijadi anaknya. Saya tak pernah menjual kek yang saya buat kerana selalunya saya jamu sahaja kepada teman-teman .

Kisahnya, masa pertengahan membakar cupcakes, tetiba oven jadi tak panas. Jadi saya tak pasti kek yang terakhir saya bakar tu masak dengan sempurna atau tidak. Bila tanya kepada teman tersebut, dia hanya mendiamkan diri. jadi sampai sekarang kalau ada orang yang nak menempah, saya jadi fobia dan serik.

Saya hanya buat kek untuk makan sendiri dan keluarga ataupun untuk dijamu kepada kawan-kawan. Ini di antara yang saya buat. Resepi menyusul di N3 berikutnya....

Spageti - Resepi campak-campak stail sendiri
Roti Puri - suka makan sejak kecil tapi tak tahu nak buat. Gara-gara Masterchef Selebriti, terus pandai... muaahhhss

Pavlova - resepi tenet
Lepat Labu - resepi bonda

Kek karamel - resepi tenet


Tart Lemon - resepi tenet... mcm tak jadi jer..

jemput-jemput roti - resepi memandai sendiri

Durian Crepe - Resepi tenet
Cupcake coklat

Bihun Sup cendawan - Resepi memandai sendiri

Puff Sosej - tengok kat Chanel 707, Kitchen Boss

Kek Pelangi - Resepi tenet

Egg benedict - Tengok dlm Kongsi resepi
Zuppa sup - pernah tengok, tapi lupa kat mana. Memandai buat sendiri
Apam mekar - resepi tenet
Koew teow ala Hotplate - Resepi cuba jaya akhirnya menjadi.
Kek Pisang - resepi campak-campak, memandai sendiri
Tiramisu - resepi tenet yang diubahsuai ikut citarasa sendiri
Mee Kari - resepi memandai sendiri
Pizza roti.. resepi sendiri
Kebanyakan resepi saya pandai-pandai je reka, ikut sedap nak makan. Ada yang saya ambil dari internet dan saya ubah ikut citarasa sendiri. Dan sememangnya ada yang saya google resepinya ataupun saya tengok kat TV...