Pages

Saturday, April 14, 2012

Ipoh - Mr Cendol

Tempat favorite saya, hubby n family untuk layan cendol. Dulu-dulu setiap kali balik Ipoh saya suka beli cendol kat mamak stall kat tepi jalan masuk ke rumah saya. Sedap sangat.

Tapi cendol dari Mr Cendol ni lagiiii... sedappp... Yang sedapnya, gula merah yang pekat tu...



sirap gula merah










mee rebus - banyak sangat, tapi rasanya biasa saje sebab saya pernah rasa mee rebus yang lagi sedap




Rojak, orang utara panggil pasembor



kad kumpul mata


kesan-kesan sambutan tahun baru cina



Wednesday, April 11, 2012

Gulai lemak cilipadi Pucuk Ubi dan Petai

Ini menu kegemaran saya dan ayah....

Cara-cara:
  1. cili padi (saya pakai cili padi kampung)
  2. bawang merah
  3. kunyit hidup
  4. santan
  5. pucuk ubi
  6. petai
  7. ikan bilis
cara-cara:
  1. tumbuk cilipadi, kunyit hidup dan bawang sehingga lumat.
  2. masukkan ke dalam periuk bersama santan, ikan bilis, petai dan pucuk ubi.
  3. kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
  4. perasakan dengan garam, gula. 

Koew Teow Goreng

Bahan-bahan:
  1. koew teow
  2. ayam
  3. udang
  4. fishcake
  5. tauhu
  6. tauge, sawi
  7. cili kisar
  8. bawang merah dan putih dihiris
  9. daun sup dan bawang
  10. kicap, sos tiram
cara-cara:
  1. tumis bawang merah, dan putih sampai naik bau, masukkan ayam, udang, fishcake dan tauhu. 
  2. masukkan cili kisar.
  3. masukkan sedikit air, kicap, sos tiram.
  4. masukkan koew teow dan gaulkan sekata.
  5. perasakan dengan sedikit garam dan kiub ikan bilis.
  6. akhir sekali masukkan sawi dan tauge.


Sup Ayam dan Pasta Elbows

Saya suka memasak menu yang simple. Saya selalu memasak menggunakan bahan yang ada di rumah atau peti sejuk sahaja. Kalau bahan yang diperlukan tak ada, saya ubahsuai ikut bahan yang ada atau tambah dengan bahan-bahan lain yang saya rasa sedap.

Bahan- bahan:
  1. Ayam (dipotong kecil)
  2. cendawan butang
  3. pasta elbows 
  4. kentang
  5. bawang besar (dihiris kasar)
  6. bawang putih
  7. *Bahan lain yang boleh ditambah, carrot, cendawan tiram, brokoli dll...
Cara-cara:
  1. Rebus ayam sehingga keluar minyak, masukkan bawang besar, bawang putih dan kentang.
  2. Setelah kentang hampir empuk, masukkan pasta dan cendawan butang.
  3. perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis.
  4. boleh ditambah dengan daun sup dan bawang atau lain-lain. (kat rumah saya benda-benda tu dah habis... haha..)