Pages

Thursday, December 8, 2011

Apam Gula Hangus

Kuih ini resepinya saya selalu main agak-agak sebab saya reka dan ubahsuai sedikit. Saya pernah hidangkan semasa kenduri bacaan yasin di rumah saya di Ipoh dan hasilnya, kuih ini ditempah oleh rakan-rakan emak saya untuk kenduri mereka pula. Oleh kerana saya hanya pulang bercuti saya hanya sempat buatkan kuih ini untuk kenduri di surau.

Apam Gula Hangus

1 cawan gula - dibuat gula hangus tambah 1 cawan air panas
3 biji telur
susu kotak ( agak-agak 1 cawan)
tepung gandum ( agak-agak dalam 2-3 cawan)
secubit garam
soda bikarbonate
1/2 cawan gula (agak-agak manis)
esen vanila

untuk gula hangus:
  1. gula dimasak di dalam periuk tanpa air sehingga kekuningan.
  2. apabila semua gula telah cair tambahkan air panas.
  3. kacau sehingga menjadi larutan air keemasan.
cara menyediakannya:
  1. telur dipukul bersama gula sehingga gula larut.
  2. tambahkan susu berselang seli dengan tepung .
  3. masukkan soda, garam esen vanila dan gula hangus tadi.
  4. kacau sehingga sebati.
  5. boleh dikukus terus di dalam loyang atau pun di dalam acuan,
  6. kukus lebih kurang 10-15 min.
Ini apam gula hangus versi saya. saya kukuskan bersama acuan kertas.



No comments:

Post a Comment