Pages

Saturday, April 19, 2014

Pokok Bunga Taik Ayam

Eeiii... geli betul nama dia. Tapi nak buat macam mana, pokok tu memang saya panggil macam tu sedari kecik lagi.

Saya pernah cuba tanam dengan menaburkan benihnya di tepi pagar. Tunggu punya tunggu, tak bercambah-cambah benihnya.. Masa tu di halaman rumah takde satu pun pokok bunga. Bila dah tak tumbuh-tumbuh, saya berpendapat bahawa tangan tukang tabur ni tak ongg... tak menjadi....Frust... terus tak tanam apa-apa dah... tanam lalang jer...

Tapi, awal tahun hari tu, saya ke rumah sahabat yang baru bepindah ke rumah barunya yang bersebelahan dengan rumah emaknya. Kat rumah emaknya pulak, banyak bebenor pokok bunga, dan salah satunya pokok taik ayam. Jadi mintak sikit benih dan dia bagi free gift ngan tanah skali...hehehe..

Balik rumah terus tabur dalam pasu kosong. Tak tersangka tumbuh dengan suburnya. Jadi bila dah tumbuh meninggi, saya alihkan ke tepi pagar. Harapan saya, pagar saya nanti akan dihiasi dengan pokok yang berbunga kuning... Yezza...

Yang pertama berbunga

Mula berbunga dengan lebatnya






Akhirnya...berbunga kekuningan menghiasi pagar


Bila saya tunjukkan gambar ini kepada sahabat, dia telah menghadiahi saya dengan benih bunga taik ayam yang berwarna oren.

Saya semaikan di dalam pasu.


Tak sabar nak alihkan ke tepi pagar. Dengan harapan ia akan berbunga kuning dan berselang warna oren... Mesti cantikkan...

No comments:

Post a Comment