Pages

Friday, May 3, 2013

Jakarta-Bandung : Hari keempat, Part 1 - Kawah Putih

Hari keempat kami di Bandung, hari Khamis....

Kereta dan supir dibook untuk 2 hari. Jadi hari ni, kami akan ke Kawah Putih dan seterusnya tempat-tempat shopping yang belum kami singgah.

Hari ni jalan-jalan di Bandung mula sesak. Kata supir, oleh kerana esoknya (hari Jumaat) merupakan Hari Paskah, cuti umum di seluruh negara. Orang-orang Jakarta akan turun ke Bandung untuk bercuti. Sebab tu sesak.

Perjalanan hampir 2 jam. Kawah Putih ni terletak di selatan Bandung kalau tak silap. Kami bertolak kira-kira pukul 8.30 pg.

Sampai je kami terus membeli tiket untuk naik ke puncak. Kali ni kami gunakan perkhidmatan van yang disediakan di situ untuk naik ke puncak. Tak ingat dah harga tiketnya. Van tersebut telah diubahsuai dan berkonsep terbuka takda pintu atau tingkap yang bercermin , semua open air. Jalan nak naik ke puncak berliku-liku... Perrgghhhh... Nasib baik tak pening.

Sampai dahhh...

Di sini ada amaran untuk perlunya memakai mask. Ada di jual tapi ... biasa lar..mahal


Turun ke kawah






Tangga untuk turun ke kawah... Gambar ini ditangkap dari kawah






Tak bole lama-lama di sini. Hanya dibenarkan berada di kawah selama 15 min maksimum. Pada saya, bau blerang di sini tak sekuat di Tungkaban Perahu. Mungkin sebab tak hujan. Katanya, bau blerang makin kuat kalau hujan....






Tempat menunggu van
 Turun je... sampai di tempat parking kami telah membeli fresh strawberi dan sediki jajan... Manis strawberinya... sedap.

Di tempat parking tu ada tersedia gerai-gerai makan dan gerai jual strawberi, gula-gula dan lain-lain...
Kebetulan di salah satu gerai makan tu, ada orang main gitar...




Sedap gak suara... diorang nyanyi lagu Iklim - Suci Dalam Debu


No comments:

Post a Comment