Pages

Sunday, April 21, 2013

Jakarta-Bandung : Hari kedua, Part 4 - hotel

Memula nak tulis tajuk Malam Pertama di Hotel... Tapi takut ada yang pikir ke lain pulak...

Jadi selepas menjelajah outlet yang ada di sekitar Jalan Riau, balik ke hotel lebih kurang pukul 5 lebih. Cadangnya nak mandi selepas berhujan dan berpanas masa sampai Bandung tadi, nak solat Jamak Zohor dan Asar pas tu nak keluar untuk ke Spa.

Sampai je ke bilik hotel,   OMG....

Bahagian luar Hotel Grand Serela

Di hadapan pintu masuk hotel

masih di lobi

ruang menunggu di lobi hotel

inilah biliknya..



Bersih tapi kecil...Masa booking dah pilih bilik yang merokok dann tingkap menghadap bandar... tapi...
  • tingkap takda
  • bukan bilik untuk merokok
  • tiada almari dan tempat nak sangkut baju ada penyangkut di tepi dinding je
  • bawah tv flat screen tu, kat lantai ada tompok hitam macam air tumpah... seram plus geli
  • tapi yang paling tak bestnya cermin meja solek takda.. kena bersiap kat bilik air...Wat de hek...
Tapi....
  • bilik air bersih dan ada hair dryer
  • masih ada ruang untuk solat
Jadi...
Kami pun mandi, solat dan terus turun ke lobi. Nak ke Roger's Spa untuk merelaxkan diri. Turun je saya gi ke kaunter untuk minta tukar bilik. Kan saya mintak bilik yang boleh merokok..

Staf hotel kata bilik penuh mungkin esok boleh tukar. Saya pulak kata saya nak bilik jenis lain tambah duit pun takpe.. Pas beberapa kali bercakap-cakap secara berhemah...Staf hotel janjikan kami boleh tukar bilik lain esok kalau ada kekosongan...

No comments:

Post a Comment