Pages

Tuesday, January 17, 2012

Mee ala Mee hotplate

Kalau balik Ipoh, saya suka sangat makan mee hotplate kat Giant. mr Hubby pun suka sangat. Oleh kerana saya ada membeli cendawan shitake, husband minta saya buatkan mee ini walaupun menggunakan mee biasa.

bahan-bahan:
  1. mee kuning
  2. cendawan shitake
  3. bawang merah, bawang putih dihiris kasar
  4. halia
  5. kicap
  6. sos tiram
  7. kiub ikan bilis
  8. sawi
  9. cili kering (tak perlu kisar, masukkan segenggam)
  10. ayam
  11. tepung jagung
cara-cara:
  1. tumis bawang merah dan putih sampai kekuningan.
  2. masukkan air, rebus ayam sampai empuk.
  3. masukkan halia dan segenggam cili kering.
  4. masukkan kicap, sos tiram dan kiub.
  5. bila ayam dah lembut, masukkan garam, gula secukup rasa.
  6. akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. kacau sampai pekat.
  7. celur mee dan sawi. Sedia untuk dimakan







No comments:

Post a Comment