Pages

Sunday, June 23, 2013

Bihun Goreng

Macam-macam stail saya penah buat. Ada yang tumbuk ikan bilis dengan cili api sebagai bahan perasanya, ada yang guna perencah bihun goreng adabi, ada juga saya buat guna cili kering je.

Tapi bagi saya yang paling sedap guna ikan bilis dan cili api yang ditumbuk halus...


Bahan-bahan:
bihun kering (rendam dengan air sampai lembut)
Bawang besar, bawang putih, sawi, taugeh
isi ayam, daging, udang, sotong, (saya suka letak udang kering)
kicap, sos tiram, sos cili/sos tomato
garam, gula, kiub ikan bilis

Bahan kisar ( boleh pilih)
  1. cili kering + tomato + bawang besar + bawang putih
  2. perencah bihun goreng + cili boh (tak perlu kisar, gaulkan dengan sudu jer)
  3. Ikan Bilis + bawang besar + cili padi
Boleh guna salah satu bahan di atas
Cara-cara:
  1. tumis bawang besar, bawang putih sehingga keemasan.
  2. masukkan bahan kisar.
  3. masukkan isi ayam, daging, udang, sotong atau salah satu daripadanya... tak perlu letak semua. kalau ada pun sedap jer.
  4. masukkan sedikit air ( dalam 1/3 cawan air), masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan kiub. perasakan dengan garam dan gula.
  5. masukkan bihun yang ditoskan.
  6. gaul rata kemudian masukkan sawi.
  7. Akhir, setelah hampir masak (bihunnya lembut) masukkan taugeh.
  8. boleh letak daun bawang, hirisan cili, atau hirisan telu.

No comments:

Post a Comment