Pages

Tuesday, February 28, 2012

Kek Chiffon

Ingat-ingat lupa resepinya... ambil resepi dari http://mamafami.blogspot.com tapi saya ubah skit.
  
Bahan-bahan A :

6 putih telur
- pukul sampai kental.

Bahan-bahan B :

6 kuning telur
100 g gula halus
120 g tepung naik sendiri
8 sudu besar jus pandan
5 sudu besar minyakmasak

  Cara-cara:

 1. Pukul putih telur dan cream of tartar hingga kental. Ketepikan.
2. Di dalam mangkuk yang lain, pukul kuning telur dan gula hingga gula larut. Masukkan jus pandan dan kacau biar sebati.
3. Masukkan minyak masak.
4. Masukkan tepung naik sendiri.
5. Dengan menggunakan spatula, kaup balikkan putih telur ke dalam bancuhan B.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 minit.

Saya buat 2 lapis, atas hijau dan bawah coklat.




Oleh kerana saya tak guna cream of tartar, kek chiffon saya mendam sedikit. Tapi tetap gebu dan lembut.

No comments:

Post a Comment